
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, 14 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD bermula 13 Ogos hingga 27 Ogos adalah seperti berikut:
Sabah
- Dua lokaliti di Keningau membabitkan kilang dan kuarters pekerja Bumi Timber Sdn Bhd, Batu 27, Jalan Sook serta Perusahaan dan Kuarters Pekerja Kosinar Sdn Bhd, Batu 28, Jalan Sook
- Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu
- Kampung Pengiran, Sipitang
- Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud
Kelantan
- Lima (5) kampung di Pasir Mas, membabitkan Kampung Chenerai, Kampung Lubok Kawah,Kampung Pohon Tanjong,Kampung Pak Jak dan Kampung Landar (sebahagian kampung sahaja)
- Kampung Kubang Sawa, Tumpat
Pahang
- Kampung Bongkok, Daerah Bera
- Kampung Gadak, Daerah Rompin
Sarawak
- Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd, Mukah
Lanjutan PKPD 8 Ogos hingga 27 Ogos
- Taman Desa Bidara, Kuala Ketil,Baling, Kedah
- Apartment Amber Court & Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands, Bentong, Pahang
- Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang, Kelantan
- Kampung Gambaron 2, Telupid, Sabah
Penamatan PKPD pada 13 0gos
- Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Kemaman, Terengganu, Kampung Seratau, Bahagian Kuching, Sarawak, FELDA Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang dan Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan
- Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, dua lokaliti di Ranau babitkan Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou di Sabah
- Kampung Bayangan & Kampung Purakagis, Keningau, Kampung Marintaman, Sipitang, Kampung Tembidong-Bidong, Telupid, Kampung Airport Lama, Tawau, Sabah
- Empat lokaliti di daerah Perak Tengah, Perak babitkan Kg Biak Hilir, Mukim Bandar,Kg Biak Darat, Kg Biak Barok dan Sebahagian Kg Pasir Salak, Mukim Pasir Salak
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata seramai 219 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 37 direman semalam.
Sementara Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,444 anggota semalam melaksanakan 89,183 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.
Menerusi Operasi Benteng dalam tempoh sama, tujuh lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan sembilan kenderaan darat dirampas.