
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Rodzi Md Saad berkata, PKPD melibatkan Kampung Mentadak Baru, Kampung Sri Aman, Kampung Hidayat, Taman Semarak Jaya, Lorong Damai dan Lorong Haji Marzuki.
Sementara itu, di Pahang, Kampung Luit di Maran turut dikenakan PKPD dari 18 hingga 31 Ogos.
Rodzi berkata, PKPD di Kampung Temalian di Raub, Pahang, turut dilanjutkan dari 18 hingga 31 Ogos.
Tambahnya, PKPD di kuarters pekerja Palmlyn di Mukah, Sarawak, juga dilanjutkan sehingga 31 Ogos.
Sementara itu, PKPD di 11 lokaliti melibatkan lima negeri akan berakhir esok.
Di Raub, Pahang, kawasan terlibat adalah Kampung Bedu, Kampung Pamah Kulat, Sungai Klau dan Sungai Chalit.
Lokaliti di Kelantan pula melibatkan Kampung Belian di Tumpat dan Kampung Tok Sadang di Kota Bharu.
Di Terengganu pula melibatkan dua lokaliti di Kemaman iaitu Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram.
Kampung Selagon dan Kampung Binsulok, kedua-duanya di Beaufort, Sabah, serta Kampung Bintawa Hilir di Kuching, Sarawak juga tamat PKPD esok.