Shopee lancar program vaksinasi kakitangan

Shopee lancar program vaksinasi kakitangan

Keselamatan kakitangan dan pelanggan menjadi keutamaan Shopee, kata Ketua Pegawai Operasi Terence Pang.

Kakitangan Shopee menunjukkan mereka telah divaksin. (Gambar Shopee)
KUALA LUMPUR:
Dalam usaha meningkatkan komitmennya memerangi wabak Covid-19, Shopee hari ini mengumumkan penyertaannya dalam program vaksinasi sektor swasta dengan matlamat memastikan setiap kakitangannya lengkap divaksin.

Shopee memberitahu ia mengutamakan petugas barisan depan daripada cabang logistiknya, Shopee Express, serta pasukan lain yang bertugas di gudang memandangkan mereka berdepan risiko paling tinggi dan banyak berinteraksi dengan pelanggan.

Mengulas inisiatif ini, Ketua Pegawai Operasi Terence Pang berkata, kakitangan Shopee “tonggak organisasi ini”.

“Keselamatan mereka dan pelanggan keutamaan kami ketika wabak menjejaskan kehidupan rakyat.

“Dalam menghadapi Covid-19, kami mahu melindungi kesihatan dan kesejahteraan kakitangan kami dengan lebih baik menerusi usaha ini, sekali gus menyumbang kepada matlamat negara mencapai imuniti kelompok.”

Langkah ini juga sebahagian daripada jaminan Shopee kepada pelanggannya dalam memastikan pengalaman membeli-belah yang selamat dan lebih baik untuk pengguna ketika kebergantungan masyarakat kepada e-dagang semakin lazim.

“Usaha ini amat penting menjelang musim beli-belah hujung tahun yang menjadi peristiwa besar bagi rakyat dan perniagaan,” kata Pang.

“Kami mahu menunaikan tanggungjawab ini agar pengguna membeli-belah dengan tenang dan membantu perniagaan tempatan menjual dengan lebih mudah dan yakin.

“Tanggal 9.9 (9 Sept) bermulanya musim membeli-belah dan saya harap dengan menjadikan pembelian dan penjualan lebih selamat, kami dapat mengukir lebih banyak senyuman di wajah rakyat.”

9.9 Super Shopping Day anjuran Shopee akan berlangsung dari 20 Ogos hingga 9 Sept. (Gambar Shopee)

Komitmen ini ditunjukkan sebelum peristiwa 9.9 Super Shopping Day di platform e-dagang Shopee, yang pertama daripada empat festival beli-belah hujung tahun Shopee.

9.9 Super Shopping Day akan bermula pada 20 Ogos hingga kemuncaknya pada 9 Sept, menyediakan ganjaran bagi semua pengguna.

Mereka boleh mendapatkan baucar Penghantaran Percuma dan 99% Coins Cashback tanpa pembelian minimum.

Pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Mercedes-Benz serba baharu, dengan menyertai pertandingan Play & Win Mercedes-Benz dan mengumpul “tiket emas” setiap hari.

Selain itu, Shopee mengadakan Aug 25 Payday Sale yang akan menampilkan tawaran RM25 Knockout Deals, dengan barangan seperti “air fryer”, beg berjenama British Polo, perabot dan produk elektronik dijual pada harga RM25.

Kakitangan Shopee Express menerima suntikan pertama vaksin di PPV RiVAC di Mid Valley. (Gambar Shopee)

Selain program vaksinasi kakitangan, Shopee juga ke depan dalam memerangi wabak sejak Covid-19 melanda.

Ia memperuntukkan 1 juta pek baucar Shopee, setiap satu bernilai RM40, menerusi kempen #ShopeeAjakVaksin sebagai ganjaran untuk penerima vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin terpilih seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai memenuhi temu janji vaksinasi.

Tahun lalu, Shopee bersama Persatuan Perubatan Malaysia mengumpul kira-kira RM1 juta melalui kempen derma awam untuk menyokong petugas perubatan barisan depan.

Bagi komuniti peniaga pula, Pang berkata, Shopee pada April 2020 memperkenalkan Pakej Sokongan Penjual Shopee untuk membantu perniagaan tradisional yang sedang menghadapi masalah aliran tunai akibat “lockdown”, dengan peruntukan sebanyak RM15 juta.

“Selanjutnya kami memperkenalkan Shopee Marketplace Growth Package, yang menyediakan manfaat dalam bentuk baucar dan kredit iklan bernilai sehingga RM1,600 bagi membantu penjual Shopee sedia ada berkembang di platform kami.

Pek baucar #ShopeeAjakVaksin diagihkan di PPV Mega UiTM Puncak Alam. (Gambar Shopee)

“Dua inisiatif ini bukan sahaja mendorong pendigitalan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan, malah mengurangkan kesan buruk terhadap perniagaan mereka.”

Pang menambah Shopee turut menyokong pengguna dengan baucar penghantaran percuma tambahan menerusi kempen Stay Home, Stay Safe agar rakyat boleh secara dalam talian memperolehi barangan keperluan seperti barangan runcit segar atau beku, bahan memasak, minuman, snek dan bijirin, susu formula, lampin, barangan penjagaan diri, barangan keperluan isi rumah, makanan haiwan peliharaan, dan peralatan untuk bekerja di rumah.

Beli dengan yakin pada Shopee 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99 .

*Baucar eksklusif Shopee buat pengguna baharu.

*Tertakluk syarat dan terma.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.