11 lagi lokaliti dikenakan PKPD babitkan Sabah, Perak, Kedah, Pahang

11 lagi lokaliti dikenakan PKPD babitkan Sabah, Perak, Kedah, Pahang

Sebelas lokaliti dikenakan PKPD susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan KKM.

PETALING JAYA:
Sebelas lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 23 Ogos hingga 5 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, 11 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD bermula 23 Ogos hingga 5 September adalah seperti berikut:

Sabah

  • Empat lokaliti di Tawau membabitkan Taman Thien Vin, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4.
  • Dua Lokaliti di Beluran iaitu di Kampung Sulit Paitan dan Kampung Matanggal Lama.
  • PPR Taman Mesra, Sandakan.

Perak

  • Pelantar Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor.
  • Penjara Tapah termasuk kuarters, Batang Padang.

Kedah

  • Penjara Pokok Sena termasuk kuarters, Pokok Sena.

Pahang

  • Kampung Telamin, Mukim Gua Daerah Lipis.

Lanjutan PKPD hingga 5 September:

  • Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak, Bentong, Pahang.
  • Taman Semarak Indah, Tawau, Sabah.
  • Kampung Tanjung Kapor, Kudat, Sabah.

Penamatan PKPD pada 21 0gos dan 22 Ogos:

  • Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Rompin, Pahang.
  • Dua lokaliti di Maran Pahang babitkan Felda Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau.
  • Felda Jengka 7, Maran, Pahang.
  • Dua Taman Perumahan di Semarak, Tamau, Sabah iaitu Flat Sri Semarak dan Taman Sejari.
  • Dua lokaliti di Penampang, Sabah babitkan Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu.
  • Kampung Marau, Sipitang, Sabah.
  • Kampung Baru Kimanis Papar, Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.