PKPD 3 lokaliti di Kelantan, 2 di Sabah

PKPD 3 lokaliti di Kelantan, 2 di Sabah

Lima lokaliti itu dikenakan PKPD susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

PETALING JAYA: Lima lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 24 Ogos hingga 6 September ini dengan tiga daripadanya babitkan Kelantan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, lima lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD bermula 24 Ogos hingga 6 September adalah seperti berikut:

Sabah

  • Kampung Buanong Matunggong, Kudat.
  • Kampung Balung Cocos, Tawau.

Kelantan

  • Tiga lokaliti dalam daerah Tumpat babitkan Kampung Telaga Bata, Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Bunut Sarang Burung.

Lanjutan PKPD hingga 6 September:

  • Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut,Tawau, Sabah.
  • Taman Semarak Indah, Tawau, Sabah.

Penamatan PKPD pada 22 0gos dan 23 Ogos:

  • Dua lokaliti di Tawau Sabah melibatkan Blok 11 Kampung Titingan dan Kampung Rawa-Rawa Batu 4.
  • Dua kawasan perumahan ladang di Kalabakan, Sabah membabitkan Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan dan Perumahan Ladang Serudung Usahawan Borneo.
  • Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah.
  • Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kampung Bongkok, Bera, Pahang (bermula 22 Ogos).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.