Azmin calon utama TPM, kata sumber

Azmin calon utama TPM, kata sumber

Sumber memaklumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dikatakan bersetuju dengan keputusan itu.

Nama Azmin Ali hangat diperkatakan sebagai timbalan perdana menteri.
PETALING JAYA:
Bekas menteri kanan Azmin Ali dikatakan calon utama untuk mengisi jawatan timbalan perdana menteri.

Sumber daripada Bersatu memberitahu FMT, perbincangan antara pemimpin Umno dan Bersatu diadakan semalam dan “semua menunjukkan Azmin sebagai timbalan perdana menteri”.

“Setelah mendengar semua pihak, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dikatakan bersetuju dengan keputusan itu.

“Sampai sekarang, nama Azmin masih kuat diperkatakan sebagai timbalan perdana menteri yang seterusnya,” kata sumber itu.

Katanya, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, yang juga bekas menteri dalam negeri, turut disebut-sebut sebagai calon TPM tetapi dikatakan tidak mempunyai sokongan sebanyak Azmin.

Sumber itu berkata, Azmin adalah pesaing utama kerana beliau membawa 10 Ahli Parlimen bersamanya daripada PKR dan dianggap “paling senior” untuk mengambil peranan utama dalam Bersatu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.