35 kluster Covid, 20 babit tempat kerja

35 kluster Covid, 20 babit tempat kerja

Baki sembilan lagi kluster, empat membabitkan kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu berkaitan pusat tahanan dan sektor pendidikan.

Terdapat 1,471 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 35 kluster baharu Covid-19, dengan 20 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan lagi kluster komuniti, empat membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu berkaitan pusat tahanan serta sektor pendidikan.

Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata, 10 kluster baharu dikesan di Johor, sembilan di Selangor, empat di Kelantan dan masing-masing tiga di Perak serta Sarawak.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Industri Dua Sungai Lalang (Hulu Langat) dengan 86 kes.
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Alam Sari (Hulu Langat) dengan 79 kes.
  • Kluster Ladang Pulau Carey (Kuala Langat) dengan 58 kes.
  • Kluster Industri Perusahaan Suria (Gombak, Klang dan Kuala Selangor) dengan 44 kes.
  • Kluster Industri Batu 14 1/2 Jeram (Kuala Selangor) dengan 33 kes.
  • Kluster Jalan Kebun Nenas 3D (Klang) dengan 23 kes.
  • Kluster Industri Jalan PBS (Petaling dan Hulu Langat) dengan 18 kes.
  • Kluster Industri Jalan Empat Olak Lempit (Kuala Langat) dengan 16 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Eco Botani (Johor Bahru) dengan 73 kes.
  • Kluster Industri SAC Lapan (Kulai) dengan 28 kes.
  • Kluster Industri Idaman Tiga (Kulai dan Johor Bahru) dengan 26 kes.
  • Kluster Senai Murni 12 (Kulai) dengan 12 kes.
  • Kluster Jalan Kenanga 29 (Kulai) dengan 6 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Perusahaan Satu (Larut, Matang dan Selama) dengan 48 kes.
  • Kluster Industri Taman Farmaseutikal (Perak Tengah) dengan 22 kes.
  • Kluster Industri Lorong Tanjung Tiga (Seremban dan Port Dickson) dengan 19 kes.
  • Kluster Industri Jalan Merdeka 33 (Melaka Tengah) dengan 33 kes.
  • Kluster Hamparan 2 (Kinabatangan) dengan 21 kes.
  • Kluster Jalan Serunai (Seberang Perai Selatan) dengan 62 kes.
  • Kluster Jalan Hulu Engkamop (Pakan dan Sarikei) dengan 14 kes.
  • Kluster Kampung Derdap (Kota Bharu) dengan 17 kes.
  • Kluster Jalan Pasar Desa Bunut Susu (Pasir Mas) dengan 15 kes.
  • Kluster Kampung Tanjong Dal (Kota Bharu) dengan 13 kes.
  • Kluster Taman Warta (Pasir Mas) dengan 5 kes.
  • Kluster Jalan Pasak (Kota Tinggi) dengan 8 kes.
  • Kluster Jalan Sri Perani (Kota Tinggi) dengan 6 kes.
  • Kluster Se-Menyan (Sibu) dengan 66 kes.
  • Kluster Telok Batu (Meradong) dengan 16 kes.
  • Kluster Dengkil Jaya (Sepang dan Gombak) dengan 134 kes.
  • Kluster Jalan Serampang (Johor Bahru) dengan 43 kes.
  • Kluster Jalan Pusara Simpang Renggam (Kluang) dengan 17 kes.
  • Kluster Jalan Tun Habab (Kota Tinggi) dengan 12 kes.
  • Kluster Dah Lebuh Kulim (Kulim, Kuala Muda dan Baling) dengan 54 kes.
  • Kluster Pagar Teluk Intan (Hilir Perak) dengan 59 kes.
  • Kluster Dah Mengkuang (Baling) dengan 35 kes.

Hisham berkata, sebanyak 4,583 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,471 daripadanya kluster aktif dan 3,112 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.