Ismail umum Jemaah Menteri esok

Ismail umum Jemaah Menteri esok

Majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri akan berlangsung pada 30 Ogos.

Pagi tadi, Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mempersembahkan senarai anggota Jemaah Menteri baharu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan Jemaah Menteri baharu pada 11 pagi esok.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan berkata, majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri akan berlangsung 2.30 petang pada 30 Ogos ini.

PMO berkata, liputan majlis itu hanya membabitkan media rasmi.

Pagi tadi, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Menerusi sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula 11 pagi itu, Agong berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Menteri baharu daripada perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.