4 lokaliti di Sabah, 3 di Pahang diarah PKPD, kata MKN

4 lokaliti di Sabah, 3 di Pahang diarah PKPD, kata MKN

Ketua Pengarahnya, Rodzi Md Saad Rodzi memaklumkan pelaksanaan PKPD bermula 30 Ogos hingga 12 September.

PETALING JAYA:
Sebanyak empat lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 30 Ogos ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, selain itu tiga lokaliti di Mukim Hulu Cheka, Jerantut, Pahang juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD;

Pelaksanaan PKPD bermula 30 Ogos hingga 12 September adalah seperti berikut

Sabah

Empat lokaliti di Putatan

  • Taman Ketiau
  • Platinum Apartment
  • Taman Teluk Villa
  • PPR Taman Sri Serigai

Pahang

Tiga lokaliti Mukim Hulu Cheka, Jerantut

  • Kampung Batu Balai
  • Kampung Congo
  • Kampung Perlok

Pelanjutan PKPD pada 30 Ogos hingga 12 September

  • Kampung Tuhau Matunggong, Kudat, Sabah

Penamatan PKPD pada 29 Ogos

Pahang

  • Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highland
  • Kampung Seberang Sungai Ular, Mukim Sg Karang Kuantan

Sabah

  • Dua lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya
  • Dua lokaliti di Ranau melibatkan Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang
  • Perumahan Ladang Excellent Challenger 2 Beluran
  • Pekan Donggongon Penampang melibatkan Blok G,H,K,L Megalong
  • Kawasan Perbandaran Donggongon Fasa 2
  • Kampung Sembirai Lebak Engad Kota Belud

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.