
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut bermula 6 hingga 19 September.
Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 6 hingga 19 September:
Sabah
- Pusat Latihan Pulapol Kota Kinabalu.
Kedah
- Dua Zon dalam Mukim Kuala Kedah, Kota Setar.
Pelanjutan PKPD pada 6 hingga 19 September:
Penjara Tapah termasuk kuarters Batang Padang, Perak.
Penamatan PKPD pada 5 September:
Sabah
- Kampung Padas Kota Kinabalu.
- Enam lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Cederamata 2, Cempak, Inanam Laut, Bambangan Inanam, Kelingau, Lapasan dan Taman Kuala Menggatal.
- Taman Semarak Indah, Tawau.
- Kampung Tanjung Kapor, Kudat.
Empat lokaliti di Tawau, iaitu Taman Thiean Vu, Victoria, King Fook dan Kampung KUrnia Batu 4
Dua lokaliti di Beluran, melibatkan Kampung Sulit Paitan dan Matanggal Lama
PPR Taman Mesra Sandakan
Pahang
- Kampung Telemin Mukim Gua, Lipis.
- Kampung Orang Asli Sungai Bot Karak.
Kedah
- Penjara Pokok Sena (termasuk kuarters) Kota Setar.