Hampir 70% populasi dewasa lengkap divaksin setakat semalam

Hampir 70% populasi dewasa lengkap divaksin setakat semalam

JKJAV memaklumkan sebanyak 36,141,604 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi PICK, termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV seramai 20,401,824 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.
PETALING JAYA:
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam merekodkan 67.4% atau 15,772,760 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin.

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, 36,141,604 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 20,401,824 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos dengan 134,559 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 165,942 adalah dos lengkap.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.