Hotel Primula Beach ditutup 14 hari susulan kes Covid-19

Hotel Primula Beach ditutup 14 hari susulan kes Covid-19

Sebanyak 29 kes positif Covid-19 dikesan, kata pengurus besarnya.

Sebanyak 29 kes Covid-19 dikesan di Hotel Primula Beach, kata pengurus besarnya.
PETALING JAYA:
Hotel Primula Beach di Kuala Terengganu diarah tutup selama 14 hari bermula ini sehingga 18 September berikutan penularan Covid-19 di premis berkenaan.

Mengikut notis Kementerian Kesihatan yang dilihat FMT, hotel milik kerajaan negeri Terengganu itu ditutup mulai hari ini hingga 18 September. Pengurus Besarnya Suaibah Harun berkata 29 kes positif telah dikesan di situ.

“Notis penutupan dikeluarkan oleh pejabat kesihatan daerah Kuala Terengganu (PKDKT) setelah mengambil kira penilaian risiko dari kes Covid-19 pertama yang dilaporkan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sebelumnya, penutupan salah satu dari empat dapur hotel pada 29 Ogos adalah berdasarkan penilaian risiko bahawa jangkitan hanya tertumpu di kawasan itu.

“Setelah penularan melibatkan bahagian hotel yang berlainan, PKDKT memerintahkan penutupan seluruh premis dari hari ini hingga 18 September.”

Jelasnya, pihak hotel bekerjasama dengan PKDKT untuk meminimumkan risiko jangkitan lebih lanjut, dengan sejumlah 109 pekerja akan disaring mulai esok.

Beliau memberitahu FMT bahawa 29 kes positif itu melibatkan kakitangan hotel, keluarga dan rakan mereka.

Semalam Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoal tindakan berdiam diri kerajaan Terengganu berhubung penularan Covid-19 di hotel berkenaan.

Beliau antara lain mempertikaikan kenapa hotel itu masih beroperasi dengan tetamu ‘walk in’ serta pelanggan tetap syarikat minyak dan gas masih diterima menginap di situ.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.