PKPD 4 lokaliti di Sabah, 1 di Pahang

PKPD 4 lokaliti di Sabah, 1 di Pahang

Lima lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan KKM.

PKPD dilaksanakan di lima lokaliti bermula 8 September hingga 21 September ini.
PETALING JAYA:
Lima lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 8 September hingga 21 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, lima lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD bermula 8 September hingga 21 September adalah seperti berikut:

Sabah

  • Dua lokaliti di Kota Belud membabitkan Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi.
  • Kampung Pahu Pinawantai, Ranau.
  • Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat.

Pahang

  • Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

Lanjutan PKPD hingga 21 September:

  • Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau Sabah.
  • Taman Limauan, Kinarut Papar, Sabah.

Penamatan PKPD pada 7 September:

  • Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang.
  • 22 lokaliti Perkampungan Orang Asli dalam Daerah Batang Padang, Perak membabitkan Kg Senta, Kg Chang, Kg Sanding, Kg Orang Asli Menderang, Kg Orang Asli Batu 6, Kg Orang Asli Batu 14, Kg Orang Asli Batu 16, Kg Orang Asli Batu 17, Kg Orang Asli Batu 18, Kg Orang Asli Batu 19, Kg Kenderong, Kg Sg Rensa, Kg Sg Chendon, Kg Sg Odak, Kg Ampangan, Kg Pos Woh, Kg Orang Asli Batu 7 dan 7 1/2, Kg Sg Bot Dalam, Kg Sg Bot Luar, Kg Sg Tidong, Kg Lubuk Gaharu dan Kg Woh Intake.
  • Kampung Kota Tuaran, Sabah.
  • Taman Kinarut Ria, Papar, Sabah.
  • Empat lokaliti di Penampang, Sabah, membabitkan Delta Height, Kampung Sindanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Light Industry, Jalan Lama Penampang.
  • Kampung Mondikot, Papar, Sabah.
  • Ladang Mawang, Kalabakan, Sabah.
  • Kem Sawmill (Kilang Papan) Mengawam Sri Arjuna, Sipitang, Sabah.
  • Tiga lokaliti di Tawau, Sabah melibatkan Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulau Sebatik dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon.
  • Tiga lokaliti di Kinabatangan, Sabah membabitkan Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin.
  • Dua lokaliti di Lahad Datu, Sabah iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu.
  • Kampung Manggaris 2, Kota Marudu, Sabah tamat bermula 6 September.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.