PKPD 4 lagi lokaliti di Pahang, 2 di Sabah

PKPD 4 lagi lokaliti di Pahang, 2 di Sabah

Enam lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan KKM.

PKPD di enam lokaliti itu bermula dari 10 hingga 23 September ini.
PETALING JAYA:
Enam lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, enam lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD dari 10 hingga 23 September adalah seperti berikut:

Sabah

  • Dua lokaliti di Putatan iaitu Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih.

Pahang

  • Dua lokaliti di Jerantut membabitkan Kampung Orang Asli Sungai Kiol, Kampung Orang Asli Tekeh dan Felda Sungai Tekam.
  • Kampung Batu 1, Jalan Mentakab Temerloh.
  • Felda Keratong 8.

Lanjutan PKPD hingga 16 dan 22 September:

  • Kampung Pengalat, Papar, Sabah.
  • Kampung Lohan Ulu, Ranau, Sabah.
  • Kampung Orang Asli Simpang Arang, Johor Bahru, Johor (sehingga 16 Sept).
  • Kuarters Pekerja Sri Mining Sdn Bhd, Mukah, Sarawak (hingga 16 Sept).

Penamatan PKPD pada 8 dan 9 September:

  • Dua lokaliti di Tawau Sabah, iaitu Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Apas Batu 8.
  • Kampung Libang, Ranau, Sabah.
  • Tiga lokaliti di Telupid, Sabah membabitkan Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia
  • Dua lokaliti di Penampang, Sabah iaitu Beverly Fasa 5 dan Kampung Nambazan.
  • Rancangan Batu 22 Apas, Tawau, Sabah.
  • Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah.
  • Ladang Cheekah Bera, Pahang.
  • Kampung Orang Asli Kuala Masai, Johor Bahru, Johor (mulai 8 Sept).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.