3 lokaliti di Pahang, Sabah dan Perak dikenakan PKPD

3 lokaliti di Pahang, Sabah dan Perak dikenakan PKPD

Sementara itu, beberapa lokaliti di Pahang dan Sabah ditamatkan PKPD bermula esok.

Enhanced restrictions will also end in several areas in Sabah.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Pahang, Sabah, dan Perak selama dua minggu.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata, dua lokaliti di Pahang dan satu lokaliti di Sabah dikenakan PKPD bermula 13 Sept hingga 26 Sept manakala sebuah kampung di Kampar Perak diarah PKPD bermula 12 Sept hingga 25 Sept.

Pelaksanaan PKPD bermula 12 hingga 25 Sept seperti berikut:

Perak

  • Kampung Ulu Groh, Kampar

Pelaksanaan PKPD bermula 13 hingga 26 Sept seperti berikut:

Pahang

  • Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif, Mukim Bebar, Pekan.

Sabah

  • Taman Semarak Megah, Tawau

Penamatan PKPD pada 12 Sept:

Pahang

  • Tiga lokaliti di Mukim Hulu Cheka, Jerantut iaitu Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok.

Sabah

  • Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat
  • Empat lokaliti di Putatan iaitu Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.