6 bidang utama MoU kerajaan, PH

6 bidang utama MoU kerajaan, PH

Ia merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963, kebebasan institusi kehakiman, pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Pemimpin kerajaan dan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman yang merangkumi enam bidang utama. (Gambar Pejabat Perdana Menteri)
PETALING JAYA:
Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani hari ini merangkumi enam bidang utama.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan berkata, MoU itu merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga kebebasan institusi kehakiman.

Ia juga akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Semalam, wakil kerajaan dan PH mengumumkan bahawa mereka akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) hari ini.

Dalam kenyataan bersama malam tadi, wakil kerajaan dan PH bersetuju untuk bekerjasama dalam semangat bipartisan bagi mengembalikan kestabilan politik sementara kerajaan mengurus pandemik Covid-19 dan membantu meningkatkan pemulihan ekonomi sekali gus menjelaskan bahawa MoU itu tidak bermaksud bahawa PH menyertai kerajaan.

Ismail berkata, transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini juga akan memangkin iklim pelaburan yang kondusif selain memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.