Bentang RUU Ombudsman segera, C4 beritahu Putrajaya

Bentang RUU Ombudsman segera, C4 beritahu Putrajaya

Kumpulan antirasuah itu berkata, sektor perolehan awam menjejaskan perniagaan Malaysia selama berdekad akibat amalan salah.

C4 berkata, projek kerajaan dibelenggu masalah harga terlalu tinggi, terlebih kos, kelewatan menyiapkan prokek serta rasuah.
PETALING JAYA:
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa kerajaan segera membentangkan Rang Undang-undang Ombudsman bagi membolehkan badan bebas itu  menyiasat amalan salah penjawat awam menjelang 2022.

Kumpulan antirasuah itu berkata, sektor perolehan awam menjejaskan perniagaan Malaysia selama berdekad akibat amalan salah.

Katanya, perolehan awam dibelenggu masalah harga terlalu tinggi, terlebih kos, kelewatan menyelesaikan projek, kualiti kerja rendah dan rasuah, walaupun terdapat dasar serta peraturan untuk membendung amalan salah.

“Pandemik Covid-19 dan tempoh perkembangan politik menganggu yang melanda negara menjejaskan pelbagai bidang reformasi utama yang sangat diperlukan untuk memperbaiki sistem pentadbiran negara, situasi sosiopolitk dan ekonomi secara keseluruhan,” kata C4 dalam kenyataan.

C4 menegaskan lima perkara untuk memastikan kejayaan sistem ombudsman di Malaysia:

  • Ombudsman perlu ditubuhkan sebagai badan bebas.
  • Ombudsman perlu bebas daripada campur tangan politik dan melalui proses wawancara ketat yang ditentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
  • Undang-undang khas perlu menentukan kuasa dan bidang kuasa ombudsman untuk menyiasat amalan salah dalam perkhidmatan awam.
  • Siasatan ombudsman perlu diumumkan.
  • Peruntukan belanjawan ombudsman perlu dibuat melalui Parlimen.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan dijangka membentangkan RUU Ombudsman tahun depan untuk menubuhkan badan aduan awam terhadap agensi kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.