PKPD di 2 lokaliti di Perak, Sabah

PKPD di 2 lokaliti di Perak, Sabah

PKPD di dua lokaliti itu akan bermula 23 dan 24 Sept hingga 6 dan 7 Okt ini.

(Gambar AP)
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di masing-masing satu lokaliti di Perak dan Sabah.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata, PKPD di Kampung Orang Asli Gangai di Mukai Slim, Muallim, Perak akan dikuatkuasakan mulai esok hingga 6 Okt ini.

Katanya, PKPD di Kampung Rompon, Tambunan di Sabah pula akan bermula Jumaat ini hingga 7 Okt nanti.

Penamatan PKPD pada 22 Sept:

  • Tamat Samudera di Seri Manjung, Manjung, Perak.

Penamatan PKPD pada 23 Sept:

Pahang

  • Kampung Batu 1 di Jalan Mentakab, Temerloh.
  • FELDA Keratong 8 di Rompin.
  • Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Tekeh, serta FELDA Sungai Tekam di Jerantut.

Sabah

  • Kampung Lohan Ulu di Ranau.
  • Kampung Pengalat Kecil di Papar.
  • Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih di Putatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.