Tiada lokaliti PKPD baharu

Tiada lokaliti PKPD baharu

PKPD di Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Inoi, Rompin, Pahang akan tamat bermula esok seperti dijadual.

Dua lokaliti di Pahang iaitu Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Inoi, Rompin, tamat esok. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata lokaliti berkenaan adalah Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Inoi, Rompin, Pahang

“PKPD ditamatkan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa (jangkitan Covid-19),” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

PKPD di lokaliti tersebut bermula pada 28 Sept lepas.

Menurut kenyataan itu, tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD dan tiada pelanjutan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.