Lelaki Bangladesh ditahan keluar kenyataan berbaur perkauman

Lelaki Bangladesh ditahan keluar kenyataan berbaur perkauman

Polis berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Jalan Bakri, dekat Muar, Johor Bahru pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata hasil siasatan mendapati permit suspek telah tamat tempoh dan telah tinggal lebih masa di negara ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai membuat kenyataan berbaur perkauman yang boleh mendatangkan kegusaran dan menggugat keamanan awam di media sosial, semalam.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Jalan Bakri, dekat Muar oleh anggota polis IPD Muar pada Jumaat lalu.

“Pada 5 Nov lalu tular satu video di media sosial mengenai kenyataan suspek berkaitan agama Hindu, Muslim dan perayaan Deepavali yang boleh mendatangkan kegusaran serta menggugat keamanan awam,” katanya dalam sidang media semalam.

Ayob Khan berkata hasil siasatan juga mendapati permit suspek telah tamat tempoh dan dia telah tinggal lebih masa di negara ini.

Katanya, lelaki itu direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.