Banjir di Melaka pulih, semua PPS ditutup

Banjir di Melaka pulih, semua PPS ditutup

PPS di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.

Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin adalah antara daerah yang terkesan dengan banjir di Melaka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin ditutup pada 7 petang semalam.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Cuthbert John Martin Quadra, PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.

“Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan terbabit surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya, menurut laporan Bernama.

Sebanyak 23 PPS dibuka secara keseluruhan sejak 1 Jan lepas bagi menempatkan 2,744 orang daripada 696 keluarga.

Ia melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.