SOP PRN Johor diumum sebelum penamaan calon, kata SPR

SOP PRN Johor diumum sebelum penamaan calon, kata SPR

SOP pilihan raya negeri itu akan diumumkan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Pilihan Raya Mohammad Azlan Charles Abdullah berkata, prosedur operasi standard PRN Johor kini berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
JOHOR BAHRU:
Prosedur operasi standard (SOP) bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohammad Azlan Charles Abdullah.

Ketua Komunikasi Korporat SPR, Mohammad Azlan Charles Abdullah berkata, SPR akan mengumumkan SOP berkenaan melalui kenyataan media selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu berhubung SOP PRN Johor selepas taklimat SPR bersama petugas media sempena PRN Johor, di sini.

Sementara itu beliau berkata, taklimat bersama petugas media dilakukan bagi memastikan kelancaran liputan PRN Johor.

“Kita berkongsi dengan media apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang membuat liputan, bagaimanapun SOP belum lagi dikeluarkan…jadi kita masih menunggu,” katanya.

SPR menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.