21,315 kes Covid-19, 17 kluster baharu

21,315 kes Covid-19, 17 kluster baharu

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 3,061,550 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 21,315 kes baharu Covid-19 dan 8,517 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 2,860,954 daripada 3,061,550 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 199 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 94 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 105 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

Sementara itu, 115 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 47 daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 68 kes masih dalam siasatan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 87 atau 0.41% pesakit dalam Kategori 3 hingga 5 yang memerlukan rawatan di hospital, manakala 21,228 kes (99.58%) dalam Kategori 1 dan 2.

Beliau berkata, Kategori 3 merekodkan 48 kes, Kategori 4 (23 kes) dan Kategori 5 (16).

Hisham berkata, terdapat 81 kes import dan baki 21,234 kes jangkitan tempatan yang membabitkan 20,551 warganegara serta 683 warga asing.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 1.43, dengan Labuan mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 1.90, diikuti Sarawak (1.61).

Katanya, 17 kluster baharu dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan 6,613 kluster dikesan sehingga kini, dengan 435 daripadanya adalah kluster aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.