‘Mungkin Bahasa Inggeris dia kurang sikit, saya cakap 3 agensi bawah 1 bumbung’, Zuraida bidas Teresa

‘Mungkin Bahasa Inggeris dia kurang sikit, saya cakap 3 agensi bawah 1 bumbung’, Zuraida bidas Teresa

Zuraida Kamaruddin berkata cadangan untuk meletakkan agensi MPOB, MPOC dan MPOCC di bawah satu bumbung bukan bermakna ia digabungkan.

Cadangan itu lebih kepada ingin memastikan semua agensi berada di satu tempat bagi memudahkan mereka berkomunikasi bagi memastikan kualiti lebih efektif kepada industri minyak sawit, menurut Zuraida Kamaruddin yang membidas kenyataan Teresa Kok.
BANTING:
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Zuraida Kamaruddin menyifatkan Teresa Kok sebagai individu yang kurang pemahaman Bahasa Inggeris berhubung cadangannya meletakkan tiga agensi minyak sawit di bawah satu bumbung.

Katanya, cadangan untuk meletakkan agensi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) di bawah satu bumbung bukan bermakna ia digabungkan.

Zuraida berkata, ia lebih kepada ingin memastikan agensi itu berada di satu tempat bagi memudahkan mereka berkomunikasi bagi memastikan kualiti lebih efektif kepada industri minyak sawit.

“YB Teresa saya rasa pemahaman Bahasa Inggeris dia kurang sikit, saya cakap untuk letak bawah satu bumbung (under one roof) letak bawah satu bumbung bukan maknanya gabung, bawah satu bumbung itu dalam fizikal.

“… kita juga akan dapat nada yang serentak untuk hala tuju minyak sawit. Dia (Teresa) ingat satu bumbang itu macam duduk dekat rumah macam anak beranak, macam itulah agaknya (dia faham), pemahaman dia silap, saya maafkan dia,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penubuhan Bamboo One-Stop Centre di Tadom Hill.

Beliau mengulas kritikan Teresa yang menyifatkan cadangan penggabungan tiga agensi minyak sawit yang disuarakan Zuraida sebelum ini sebagai langkah ke belakang dan satu perkara membimbangkan.

Katanya, Zuraida perlu memahami fungsi dan ciri-ciri unik setiap agensi itu sebelum berhasrat untuk meletakkan mereka dibawah satu bumbung kerana dibimbangi akan berlaku pertindihan fungsi antara agensi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.