
Daripada jumlah itu, sebanyak 990 kes termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 569 kes adalah Kategori 3 hingga 5.
Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 221 kes, diikuti Pahang (194) dan Perak (190).
Sementara itu, sebanyak 22,380 pesakit dibenarkan pulang semalam.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 856 atau 41% daripada jumlah kapasiti.
Katil ICU di empat negeri melebihi penggunaan 50% kapasiti iaitu Kelantan (94%), Johor (69%) dan Putrajaya (67%).
Sejumlah 193 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaannya 35% daripada keseluruhan jumlah ventilator.
Sebanyak lima kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,779 kluster dikesan sehingga kini dengan 484 daripadanya aktif.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.05.