
Beliau juga menyifatkan pembangkang sudah ketandusan idea dan guna taktik yang sama.
“Mereka tak belajar dari segi kesilapan mereka. Setiap kali pilihan raya kecil sudah tujuh kali berturut-turut gunakan taktik yang sama pun mereka kalah.
“Lepas itu di Melaka dan Sarawak pun kalah. Di Johor buat perkara sama. Jadi saya nampak dia orang ini betul nampak dah tidak ada modal, ketandusan idea. Serang peribadi ini politik kuno,” katanya pada sesi temubual secara langsung yang disiarkan Facebook Malaysia Gazette.
Pada kempen PRN Johor yang berlangsung, Najib menjadi sasaran serangan pembangkang dengan isu skandal 1MDB dan kes mahkamah dihadapinya.
Dalam pada itu, Najib berkata, pengundi Johor mahukan pelaksanaan program baharu yang akan untuk kesejahteraan mereka.
Katanya, pada zaman moden ketika ini, semua orang perlu hormat menghormati antara satu sama lain dan bukannya berterusan menjatuhkan dengan membuat serangan peribadi.
“Sudah masuk zaman baharu ini, biarlah kita saling menghormati.
“Gunakanlah kepandaian atau kebijaksanaan untuk beritahu pada pengundi apa nak buat program baru. Berilah mereka satu keyakinan. Bukan keruhkan pengundi di Johor,” katanya.