
Difahamkan, seramai 13 penumpang ditemui selamat selepas diselamatkan penduduk kampung dan nelayan setempat dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna Faisal Ahmad berkata, mereka menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.10 malam.
Katanya, laporan awal itu memaklumkan lima individu dikhuatiri lemas manakala identiti mangsa yang masih hilang belum diperoleh.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, dianggarkan seramai 20 penumpang berada di dalam bot berkenaan sebelum dilaporkan terbalik.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba dan dibantu agensi lain, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan polis,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.
“Butiran dan maklumat lanjut masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.