
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, maklumat yang diperolehi daripada lelaki tersebut akan disahkan bagi tujuan siasatan kes tersebut.
“Abdullah sudah dapat dihubungi dan maklumat yang diberikan olehnya akan dijadikan satu bahan tindakan terhadap sesiapa yang pernah terlibat dalam kes tersebut.
“Setakat ini, kita telah pun gantung pun syarikat itu (lesen loji sembelihan TFI Lobethal),” katanya menurut laporan Kosmo.
Media sebelum ini melaporkan (Jakim) sedang menjejaki lelaki dikenali “Abdullah” iaitu individu penting yang mendedahkan isu loji penyembelihan halal di Australia baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai keselamatan Abdullah, Idris percaya tidak mempunyai sebarang masalah ekoran Australia merupakan sebuah negara yang menekankan mengenai hak kepenggunaan.
Jelas beliau, Jakim tidak pernah berkompromi mengenai isu halal yang merupakan aspek penting dalam makanan dan minuman kepada penduduk Islam di negara ini khususnya.
“Setakat ini, tidak dengar mengenai penyelewengan dilakukan pegawai Jakim dalam soal halal.
“Ini “clear” (jelas) dan ada menganggap Jakim rumit dan rumit disebabkan kita mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebab jaga makan minum orang. Disebabkan itu, halal Jakim dihormati di peringkat dunia,” katanya.