
“Saya nak syorkan kepada Mara Corporation kalau boleh hujung minggu minta kerjasama DBKL tutup jalan di depan Mara Digital.
“Boleh buat macam-macam program dengan anak-anak muda. Tapi itu kena ada kerjasama antara DBKL dengan Mara,” katanya.
Mahdzir berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Katanya, penganjuran pelbagai program di persekitaran Mara Digital Mall mampu menarik pembabitan generasi muda khususnya Bumiputera untuk membuka perniagaan mereka di premis itu.
Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Mara meneruskan projek Mara Digital Mall bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi (IT) selepas mengadakan lawatan mengejut di situ.