Dewan Rakyat lulus RUU ‘anti-skodeng’

Dewan Rakyat lulus RUU ‘anti-skodeng’

RUU pindaan itu, yang dibahaskan untuk bacaan kedua dan ketiga hari ini, diluluskan dengan undian suara.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, yang memasukkan peruntukan “anti-skodeng” atau anti-hendap diluluskan Dewan Rakyat hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, yang memasukkan peruntukan “anti-skodeng” atau anti-hendap

RUU pindaan itu, yang dibahaskan untuk bacaan kedua dan ketiga hari ini, diluluskan dengan undian suara.

RUU anti-skodeng itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat untuk bacaan pertama pada 4 Ogos.

RUU itu bertujuan untuk meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk menjadikan “skodeng” atau hendap, sama ada secara maya atau sebaliknya, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kesalahan menghendap itu merangkumi perbuatan mengekori; berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dalam sebarang cara; berlegar-legar di kediaman atau tempat kerja seseorang; dan memberi atau menghantar apa-apa sahaja kepada seseorang dalam sebarang cara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mas Ermieyati Samsudin ketika membentangkan RUU itu berkata, individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dewan Rakyat kemudian melulusan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No2) 2022 yang turut mempunyai peruntukan “anti-skodeng” atau anti-hendap.

Rang undang-undang pindaan itu diluluskan melalui undian suara selepas enam Ahli Parlimen menyertai perbahasan selepas ia dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga.

Terdahulu ketika perbahasan, beberapa Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk di masukkan beberapa kesalahan lain di bawah undang-undang itu.

Hannah Yeoh (PH-Segambut) menggesa definisi mengintai diperluaskan termasuk memasukkan kepada penguntip bersiri dan mereka yang berbuat demikian secara sedar yang menyebabkan ketakutan dan kesusahan.

Beliau berkata definisi itu harus mencontohi yang dinyatakan di bawah Akta Kanun Jenayah Queensland dan Akta Perlindungan dari Gangguan Singapura

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu juga menggesa kesalahan seperti mendedahkan maklumat peribadi seseorang, merosakkan harta benda, dan mengintip dimasukkan ke dalam senarai kesalahan menghendap

Yeoh berkata undang-undanh Kesalahan menghendap juga dapat membantu dalam mencegah kes pembunuhan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.