
Kediaman di sekitar Kuala Lumpur kian berubah. Keinginan untuk memiliki rumah berteknologi pintar, selesa dan menarik telah mencetuskan trend baharu sekali gus melakar semula gaya hidup kota masa kini.
Taman Melawati terkenal sebagai kawasan yang gah dengan dikelilingi suasana indah. Terletak berdekatan pusat bandar, lokasi ini tidak jauh dari Zoo Negara dan tempat rekreasi warga Lembah Klang misalnya Bukit Tabur, Pusat Rekreasi dan Chalet Lembah Kemensah, serta Air Terjun Jeram.
Berlatarkan kemegahan alam dan kemudahan hidup kota di sinilah terdirinya Park One, projek baharu Sime Darby Property yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Hanya bersebelahan Melawati Mall, kediaman 234 unit ini merupakan pembinaan terbaharu Sime Darby Property yang menyediakan konsep hibrid gaya hidup-dan-kerja yang fleksibel, pasca-pandemik Covid-19.
Arkitek Park One iaitu UIG, secara teliti mencipta naratif mesra alam dengan reka bentuk pintar selari dengan cita rasa pembeli rumah masa kini. Setiap unit kediaman direka untuk meningkatkan fleksibiliti. Terdapat banyak ruang yang boleh disesuaikan untuk kegunaan bersama ahli keluarga, atau untuk kehidupan berkerjaya.
Suasana dalaman di Park One direka dan gabungan tona warna dipilih bagi memberikan ketenangan dan keselesaan kepada penghuni rumah.
Menggunakan alam semula jadi sebagai sumber inspirasi, reka bentuk rumah ini mampu mendekatkan penghuni dengan alam. Bagi yang memerlukan ruang terbuka, balkoni di setiap unit pasti menjadi tempat beristirahat untuk menikmati pemandangan hijau Bukit Tabur atau kemegahan kota Kuala Lumpur.
Malah, penekanan terhadap alam sekitar dan kehidupan kota tampak jelas dalam strategi rekaan Park One. Penghuni boleh menghirup udara nyaman di tingkat atas bangunan di mana terletaknya taman bunga, dusun rimba, dan tempat santai. Tempat barbeku pula boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti merapatkan hubungan antara penghuni, dikelilingi pemandangan yang memukau.
Komuniti dan hubungan erat
Penghuni mempunyai akses ke kolam renang, jakuzi, dan gim. Kanak-kanak pula pasti menyukai taman air dan taman permainan deria atau sensory playground yang merangsang deria mereka dan melatih kemahiran motor. Di situ, kanak-kanak boleh bermain dan belajar melalui penerokaan, memupuk rasa ingin tahu, mengasah kebolehan menyelesaikan masalah, dan meningkatkan daya kreativiti.

Terdapat juga ruang untuk mengadakan majlis keramaian. Ruang kerja bersama atau co-working pula boleh digunakan oleh para penghuni yang bekerja dari rumah, dan amat kondusif untuk mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan. Ruang legar di lobi yang mempunyai pengudaraan semula jadi pula mampu memberikan ketenangan minda sebelum anda memasuki rumah.
Satu lagi daya penarik Park One adalah teknik pembinaan yang mesra alam sekitar dari segi penggunaan bahan binaan dan perkhidmatan. Pendekatan ini mustahak bagi memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa pembangunan Park One ini mementingkan pemeliharaan alam semula jadi.
Selain itu, saluran pendingin hawa dan sistem penuaian air hujan untuk mengairi landskap melengkapkan usaha pemeliharaan alam. Semua ini, bersama sistem binaan berindustri, Park One berjaya mencapai tahap tertinggi status bangunan mesra alam. Ini menjadi tarikan kepada pembeli yang sangat mementingkan pemeliharaan alam sekitar.
Keunikan Park One
Kediaman 33 tingkat ini berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah, tempat makan, dan kedai runcit seharian. Para penghuni boleh ke Melawati Mall dengan mudah di mana terdapatnya kedai-kedai jenama terkenal seperti Uniqlo, Sports Direct, Toys”R”Us, SenQ, MPH, Burger King, dan Village Grocer. Penggemar filem boleh menikmati filem pecah panggung terbaharu di Golden Screen Cinemas. Bukan itu sahaja, malah terdapat banyak lagi pilihan kedai-kedai di KL East Mall yang juga terletak berdekatan.
Di sekitar Melawati juga terdapat banyak lokasi-lokasi tarikan alam semula jadi, semuanya dalam lingkungan 5km. Daripada kembara, berjoging, atau hanya berjalan kaki – terdapat banyak aktiviti riadah yang boleh dilakukan sekitar kawasan ini. Bukit Tabur terkenal dalam kalangan pengembara terutama pada hujung minggu. Tarikan ini menawarkan pemandangan indah Empangan Klang Gates, Hutan Simpan Gombak, dan pastinya, kota raya. Pusat Rekreasi dan Chalet Lembah Kemensah menyediakan tempat perkelahan tepi sungai, serta Air Terjun Jeram, lokasi-lokasi yang sering dilawati warga bandar pada hujung minggu.
Park One juga mempunyai jaringan pengangkutan awam yang meluas. Terdapat tiga stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berdekatan iaitu Wangsa Maju, Sri Rampai, dan Gombak. Malah, anda boleh ke Awana Skyway di Genting Highlands dengan menaiki bas dari LRT Gombak!
Beberapa lebuh raya merentasi Melawati menjadikan Park One lokasi strategik yang memudahkan penghuni berhubung. Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), dan Lebuhraya Genting Klang semuanya melalui kawasan ini.
Setiap unit dibina dengan keluasan antara 1,027 kaki persegi hingga 1,522 kaki persegi dengan tiga atau empat bilik tidur.

Park One juga menawarkan sistem kad akses tiga peringkat di rumah pengawal, ruang legar, dan lif, selain rondaan kawalan 24 jam dan CCTV di setiap sudut, bagi menjamin keselamatan penghuni.
Di Park One, penduduk berada tidak jauh dari alam semula jadi dan kota. Melawati menerajui penerokaan semula kawasan Ulu Kelang dan transformasinya sebagai destinasi gaya hidup aktif.
Pembangunan ini juga dirancang dengan teliti, bagi menawarkan nilai tambah kepada pelabur hartanah, sekaligus memacu Melawati ke peringkat seterusnya.
Bagi mereka yang ingin menikmati gaya hidup selesa, dikelilingi kemudahan, kediaman di Park One Melawati sedia menanti anda.