SUKE mula kutip tol tengah malam ini

SUKE mula kutip tol tengah malam ini

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

Prolintas berkata, kadar tol bermula pada RM2.30 untuk kelas 1 (kereta), RM4.60 untuk kelas 2 (lori), RM6.90 untuk kelas 3 (treler), RM 1.20 untuk kelas 4 (teksi) dan RM2.30 untuk kelas 5 (bas).
PETALING JAYA:
Kutipan tol di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan bermula tengah malam ini, selepas sebulan dikecualikan bayaran tol.

Pengendali SUKE, Prolintas berkata, kutipan tol itu membabitkan jajaran fasa 1 dari persimpangan Cheras-Kajang hingga persimpangan Bukit Antarabangsa yang dibuka kepada pengguna 16 Sept lalu.

Katanya, kadar tol bermula pada RM2.30 untuk kelas 1 (kereta), RM4.60 untuk kelas 2 (lori), RM6.90 untuk kelas 3 (treler), RM 1.20 untuk kelas 4 (teksi) dan RM2.30 untuk kelas 5 (bas).

“Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID. Pengguna disaran memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-wallet mencukupi sebelum memasuki SUKE.

“Bahagian operasi SUKE akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di kedua-dua plaza tol, selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya, terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SUKE di talian 1-300-88-9922 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Fasa 1 SUKE sejauh 16.6km membabitkan 11 persimpangan dan dua plaza tol di Bukit Teratai dan Ampang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.