Syed Saddiq pertahan Muar

Syed Saddiq pertahan Muar

Presiden Muda itu memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,953 undi pada PRU14.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan berdepan calon Barisan Nasional, Helmy Abd Latif dan Perikatan Nasional, Abdullah Husin pada 19 Nov ini.
PETALING JAYA:
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15.

Pencalonannya diumumkan Timbalan Presiden Muda yang juga Pengarah Pilihan Rayanya, Amira Aisya di Johor malam ini.

Presiden Muda itu akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Helmy Abd Latif dan Perikatan Nasional, Abdullah Husin pada 19 Nov ini.

Dalam pertemuan dengan orang ramai, Syed Saddiq berkata beliau mahu “memperbaharui kontraknya” dengan rakyat Muar.

Syed Saddiq memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 6,953 undi.

“Saya diberi peluang untuk berkhidmat ketika itu, kini beri saya peluang kembali dan sekali lagi berkhidmat untuk orang Muar,” katanya.

Syed Saddiq menyifatkan Muar “dekat dihati” dan beliau mahu bersama di waktu senang atau susah.

Minggu lalu, parti itu mengumumkan tiga calon yang akan bertanding di kubu kuat BN, iaitu Danial Abd Majeed (Kepala Batas, Pulau Pinang), Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang, Selangor) dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai, Johor).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.