
Beliau berkata, baki 153 lagi yang ditangkap agensi itu kakitangan kerajaan persekutuan. Daripada jumlah itu, 22 orang disabitkan kesalahan. Hanya dua kakitangan kerajaan negeri didakwa.
Katanya, SPRM menerima 1,031 aduan berkaitan dakwaan amalan rasuah membabitkan penjawat awam di Pulau Pinang dalam tempoh empat tahun itu.
Chow juga berharap pada masa depan, SPRM akan memperincikan pertuduhan dan mengenal pasti penjawat awam bertugas di kerajaan negeri atau persekutuan, bukannya hanya mendedahkan jumlah aduan.
Katanya, SPRM perlu memberikan statistik jumlah penjawat awam yang didakwa dan disabitkan bersalah di mahkamah.
“Ini bagi memastikan reputasi penjawat awam Pulau Pinang tidak tercemar,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Beliau menjawab soalan Daniel Gooi (PH-Pengkalan Kota) mengenai kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Azam pada Sept lalu berkata, SPRM menerima 919 aduan mengenai penjawat awam di Pulau Pinang yang menerima rasuah, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu sejak 2019.
Pendedahan Azam itu mencetuskan kemarahan bekas ketua menteri, Lim Guan Eng yang berkata, kenyataan itu adalah “dakwaan rasuah berleluasa yang tidak disokong bukti”.
Lim juga menuduh Azam seperti terjebak dalam politik kerana hanya menyebut Pulau Pinang berbanding kerajaan negeri lain.