Malaysia mampu jadi Harimau Digital Asia, kata menteri

Malaysia mampu jadi Harimau Digital Asia, kata menteri

Fahmi Fadzil berkata, ia susulan kemasukan pelabur seperti Amazon Web Services dan pelbagai syarikat menubuhkan pusat pemprosesan data serantau di Malaysia.

Fahmi Fadzil berkata, Malaysia boleh menjadi tempat latihan bagi pegawai pemprosesan data kerana banyak syarikat memilih negara ini sebagai pusat memproses data mereka.
KUALA LUMPUR:
Kemasukan pelabur seperti Amazon Web Services (AWS) dan pelbagai syarikat menubuhkan pusat pemprosesan data serantau di negara ini mampu menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, keputusan Amazon melabur RM25.5 bilion adalah petanda lebih ramai pelabur akan melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan sesuai untuk mereka.

“Kini, banyak syarikat memilih Malaysia sebagai pusat memproses data, terutamanya di Johor, Cyberjaya dan Pulau Pinang.

“Memandangkan Malaysia menjadi hab pusat data bagi rantau ini dan seterusnya, negara boleh menjadi tempat latihan bagi pegawai pemprosesan data untuk rantau ini,” katanya selepas berucap pada Invest Malaysia di sini.

Beliau berkata, kemasukan pelaburan itu turut memberi kesan kepada tenaga kerja, ekonomi setempat dan negara.

Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, politik stabil dan dasar jelas menjadi faktor utama AWS memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Menteri kewangan itu berkata, pelaburan AWS bernilai RM25.5 bilion menjelang 2037 memberi dampak tinggi kerana ia menambah keyakinan pelabur luar terhadap negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.