Zamri ketua pembangkang Kedah baharu

Zamri ketua pembangkang Kedah baharu

Adun Suka Menanti itu menggantikan Johari Abdul mengosongkan kerusi DUN Gurun Disember lalu.

Speaker DUN Kedah Juhari Bulat mengumumkan pelantikan Adun Suka Menanti Zamri Yusuf sebagai ketua pembangkang baharu.
ALOR SETAR:
Adun Suka Menanti Zamri Yusuf dipilih sebagai ketua pembangkang DUN Kedah baharu berkuat kuasa 1 Feb.

Pelantikan Zamri itu menggantikan Johari Abdul yang mengosongkan kerusi DUN Gurun pada Disember lalu. Johari kini speaker Dewan Rakyat.

Pelantikan wakil rakyat daripada PKR itu diumum Speaker DUN Kedah Juhari Bulat sebelum sesi pertanyaan lisan pada persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman.

Ketika mengumumkan perkara itu, Juhari turut memaklumkan kerusi DUN Gurun kekal kosong sehingga habis penggal ini.

Pada 18 Dis lalu, Johari mengumumkan beliau mengosongkan kerusi DUN Gurun berkuat kuasa serta-merta dan mengutuskan sepucuk surat kepada speaker DUN Kedah.

Dalam pada itu, Juhari mengumumkan Adun Alor Mengkudu Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dipecat oleh Amanah sebelum ini menjadi wakil rakyat PKR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.