Warga emas OKU rentung dalam kebakaran

Warga emas OKU rentung dalam kebakaran

Mayat Agus Ebah, 72, ditemui pasukan bomba selepas api dipadamkan.

Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Tagas, Tuaran malam tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas kurang upaya (OKU) dilaporkan rentung selepas rumahnya di Kampung Tagas, Tuaran terbakar malam tadi.

Mayat Agus Ebah, 72, ditemui pasukan bomba selepas api dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.35 malam memaklumkan seorang mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran rumah.

Katanya, 14 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera serta kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pasukan bomba memadamkan api sehingga berjaya dikawal dan menemui mangsa dalam keadaan rentung pada 11.57 malam,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, kebakaran terbabit memusnahkan 100% struktur rumah separuh kekal itu.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.