
J&E Advance Tech Sdn Bhd menghantar surat tuntutan kepada Azmin meminta penarikan balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.
Ketika menafikan dakwaan Azmin pada bulan lalu, syarikat itu menyifatkan kenyataan pemimpin Bersatu itu sebagai “pembohongan terang-terangan yang direka untuk mengelirukan orang ramai”.
Mereka turut mendakwa kenyataan Azmin bertujuan mengalihkan perhatian daripada tuduhan rasuah dihadapi Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Syarikat itu sebelum ini menghantar surat tuntutan kepada Wee Ka Siong kerana mendakwa presiden MCA itu mengeluarkan kenyataan “mengelirukan, tidak tepat dan jahat” mengenai telur import dari India.