
“Semua mereka selamat tiba di Port Sudan pada 2.07 petang waktu tempatan semalam setelah melalui perjalanan sejauh 1,233km dan mengambil masa selama 30 jam.
“Dua orang rakyat Malaysia tidak terlibat dengan proses evakuasi tersebut, berkhidmat di United Nations Mission in Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka dilakukan oleh pihak berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pasukan khas turut berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain untuk turut sama dalam proses evakuasi antaranya 14 warga Singapura, Kemboja (6), Amerika Syarikat (2) manakala Filipina, Thailand, Palestin dan Sudan masing-masing seorang.
“Selanjutnya, kita sedang mengusahakan membawa keluar semua 56 orang ini dari Port Sudan melalui dua opsyen, iaitu sama ada laluan udara sewaan khas pesawat atau laut (kapal laut).
“Ini bergantung kepada opsyen mana akan mendapat kelulusan paling cepat dan segera daripada pihak berkaitan,” katanya.
Dalam pada itu, Zambry memaklumkan keadaan rakyat Malaysia dan warganegara lain di dalam konvoi Malaysia sihat dan selamat.
“Sama-sama kita doakan agar proses mengeluarkan mereka dari Sudan berjaya dilakukan secepat mungkin dan seterusnya semua mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya.