
Inaaci melawat Sudan atas urusan perniagaan tetapi terperangkap selama enam hari di sebuah apartmen selepas pertempuran tercetus di Khartoum pada 15 April.
Katanya, sepanjang tempoh itu dia mendengar bunyi tembakan dan letupan di sekitar tempat tinggalnya.

“Saya bergelap selama empat hari kerana tiada bekalan elektrik. Ia pengalaman yang sangat menakutkan kerana bunyi tembakan dan letupan kedengaran tanpa henti. Anda tak tahu apa yang berlaku disekeliling,” katanya selepas tiba di Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Inaaci antara 30 rakyat Malaysia yang dibawa pulang selepas terperangkap dalam peperangan di Sudan selama dua minggu.
Katanya, pada hari kedua dia di negara itu, “Saya mendapat tahun seorang lelaki warga India di bangunan sama terkena peluru sesat ketika berdiri di balkoni.”
Kerana bimbang dengan keselamatannya, dia terus menghubungi kedutaan Malaysia di Khartoum. Pegawai kedutaan berusaha membantu tetapi berdepan halangan untuk sampai ke tempat tinggalnya.
Inaaci tinggal di sebuah apartment di seberang Sungai Nil, kira-kira 45 minit memandu kereta dari kedutaan Malaysia.
Selepas berbincang, pegawai kedutaan bersetuju untuk menunggu di sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 800 meter dari apartmen itu.
“Ia sangat menakutkan kerana tembakan dan letupan masih belum berhenti. Saya berbelah bahagi. Sekiranya saya tinggal, saya mungkin ditembak atau bangunan ini mungkin runtuh akibat di bom. Atau saya boleh berjalan sejauh 800 meter untuk diselamatkan,” katanya.
Inaaci akhirnya membuat keputusan untuk mengambil risiko itu. Selepas mengemas barangnya dan berdoa, dia memberanikan berjalan kaki di stesen minyak itu untuk bertemu pegawai kedutaan sebelum dibawa ke tempat selamat.

Jimmy Tang yang melawat Khartoum atas urusan perniagaan, mengimbau kembali dia terbangun dari tidur akibat terdengar bunyi tembakan dan letupan bom.
Bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia hanya teringat keluarganya dan perlu kembali ke rumah dengan selamat.
“Banyak serangan bom berlaku terutama pada waktu malam. Saya berlindung di sudut bilik hotel saya,” kata ahli perniagaan berusia 38 tahun itu.
Kepulangannya di Malaysia disambut dengan penuh emosi oleh isterinya, Teressa Goh.
“Dua minggu saya tidak boleh tidur kerana bimbang. Saya sering menghubungi Wisma Putra dan berterima kasih kepada pegawai di sana yang banyak membantu. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Keadaan sama turut dirasai Farahah Rosny dan ibunya di KLIA yang menunggu kakak, abang ipar yang bertugas sebagai diplomat di kedutaan Malaysia di Khartoum, dan tiga anak mereka.
“Apabila mengetahui konflik tercetus di Sudan, kami hampir tak boleh bernafas. Kami juga gagal menghubungi mereka di sana. Semalam baru kami mendapat berita mereka sudah selamat sampai ke Jeddah, Arab Saudi.
“Kami berasa sangat lega tetapi masih bimbang selagi tidak bertemu mereka,” katanya.