
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Rubiah Wang, berkata kerja menaik taraf jalan di kawasan luar bandar itu akan dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi peruntukan khas penyelenggaraan jalan kerajaan persekutuan.
“Jalan-jalan di bawah Projek Jiwa Murni (di Sarawak) ini kebanyakannya di (telah dibina) kawasan Baram, Hulu Rajang, Kapit, dan ada juga di kawasan Betong,” katanya menurut Bernama.
Rubiah berkata, jalan terbabit telah dibina menggunakan tenaga anggota dan jentera tentera bagi menangani isu kekangan peruntukan kerajaan untuk membina jalan perhubungan ke kampung di kawasan luar bandar.
“Namun, projek Jiwa Murni ini berbentuk ‘one-off’, maksudnya bila dilaksanakan, tidak ada (peruntukan) untuk penyelenggaraan jalan,” katanya.