
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, lelaki itu ditangkap dengan kerjasama Jabatan Kastam pada 31 Mei lalu di laluan pemeriksaan masuk Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
Katanya, pemeriksaan pada kenderaan suspek menemui 11 burung kakak tua yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini.
Burung kakak tua itu terdiri daripada empat spesies Ara SPP, tiga jenis Blue & Gold Macaw (Ara ararauna), seekor Yellow-headed Amazon (Amazona oratrix) dan tiga Scarlet Macaw (Ara Macao).
“Hasil pemeriksaan mendapati individu itu tidak mempunyai permit yang sah untuk menyimpan hidupan liar tersebut,” katanya kenyataan itu.
Katanya, lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 7 Jun lalu dan dijatuhi hukuman penjara tujuh hari.
“Tertuduh juga didenda RM80,000 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut seksyen 60 (1)(a) dan seksyen 68 (1)(a) di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2022,” katanya.