
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia kini di fasa akhir proses pembukaan dengan berbaki sedikit kerja pengubahsuaian.
Beliau berkata, cawangan baharu itu akan memanfaatkan komuniti sekitar Serdang, Sungai Besi, Dengkil, Cyberjaya, Bangi dan Cheras.
“Ia sekali gus diyakini dapat mengurangkan kesesakan waktu puncak yang sentiasa berlaku di ibu pejabat Imigresen di Putrajaya,” katanya dalam sidang media sempena Sambutan Hari Imigresen 2023 di Dataran Pahlawan Negara.
“Sebelum ini, kita sudah membuka cawangan pertama pejabat urusan pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ini adalah peluncuran semasa kedua untuk membantu mengurangkan kesesakan masyarakat berurusan dengan Imigresen.”
Sementara itu, Saifuddin berkata, Jabatan Imigresen akan membuka pusat sehenti bagi proses verifikasi permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 mulai 15 Ogos ini, di mana majikan boleh “walk in” tanpa perlu temu janji dalam usaha memudahkan proses pemutihan pekerja asing.
“Pusat sehenti verifikasi permohonan RTK ini akan dibuka di beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang bermula daripada Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya.
“Pembukaan pusat sehenti seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat di lokasi terpilih yang akan diumumkan Jabatan Imigresen dari semasa ke semasa.”