
Pencalonan Shaiful diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan hari ini, dengan mandat daripada Pengerusi BN, Zahid Hamidi.
“BN merakamkan penghargaan kepada Pakatan Harapan atas semangat perpaduan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di DUN Tanjong Dawai,” katanya.
BN mengemukakan 15 calon untuk PRN Kedah, yang akan berganding dengan PH untuk merampas Kedah daripada Perikatan Nasional.
Pada PRU14, PAS menang DUN Tanjong Dawai dengan kelebihan 952 undi sahaja.
Hanif Ghazali yang meraih 11,444 undi menewaskan Anuar Abdul Hamid daripada PKR yang mengaut 10,492 undi, dan Annuar Ahmad daripada BN yang memperoleh 10,421 undi.
BN mempertaruhkan 108 calon bagi PRU15 di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu pada 12 Ogos ini, yang mana 63% merupakan muka baharu.