
Menterinya, Nancy Shukri berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini apabila penjaga terlupa menghantar anak mereka di premis taska, sebaliknya meninggalkan mereka di dalam kereta.
“Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Media Sarawak semalam.
Beliau menambah, ini usaha yang dapat dilakukannya kerana berada bawah bidang kuasanya, berbanding saranan lain seperti melarang penggunaan cermin kereta gelap yang berada bawah bidang kuasa kementerian lain.
Setakat Oktober lepas sehingga kini, tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan, menurut Nancy.