
Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata kejadian itu dilaporkan rakan serumah yang menemui Mohammad Sobuj, 28, dalam keadaan parah pada 10 pagi tadi.
Katanya, suspek 27 tahun yang melarikan diri pula ditahan di Jalan Nyior, dekat Taman Gunung Selatan Empat pada 4.45 petang tadi.
Beliau berkata, mangsa luka di bahagian kiri leher serta kepala, dan mayatnya dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di Kluang untuk bedah siasat.
Katanya, polis merampas pisau pemotong daging yang ditemui di tempat kejadian dan empat rakan senegara mangsa lain turut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Tangkapan pertama hingga keempat berusia 25 hingga 30 tahun menyedari mangsa sudah mati kira-kira 8 pagi ketika mahu ke tempat kerja. Ujian air kencing mereka negatif dadah dan akan direman esok,” katanya menurut Harian Metro.