Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi

Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi

Premier Sarawak Abang Johari mengumumkan perkara itu semasa berucap pada majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri malam tadi.

Premier Sarawak Abang Johari berkata sebelum ini bendera Sarawak tidak mempunyai sebarang nama tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar Jalur Gemilang. (Gambar Facebook)
KUCHING:
Bendera negeri Sarawak kini dikenali sebagai ‘Ibu Pertiwi’, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg.

Abang Johari mengumumkan perkara itu semasa berucap pada majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri yang diadakan di Tebingan Kuching di sini, malam tadi.

Menurut Abang Johari sebelum ini bendera Sarawak tidak mempunyai sebarang nama tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar Jalur Gemilang.

“Ibu Pertiwi membawa maksud kedaulatan kepada Sarawak, ia juga menunjukkan kehebatan Sarawak dengan warna (bendera) merah, hitam dan kuning.

“Semua anak Sarawak hendaklah tekad bekerja kuat mempertahankan Ibu Pertiwi dan sama-sama membangun negeri ini agar lebih maju,” katanya.

Antara pengisian sambutan ambang tahun baharu bertemakan ‘Let’s Celebrate Together’ itu ialah persembahan pentas, pertunjukan bunga api serta acara kiraan detik tahun baharu.

Sambutan dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Amy Search dan Zainal Abidin selain perasmian tiang bendera Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.