Mangsa banjir Terengganu kekal 473 orang

Mangsa banjir Terengganu kekal 473 orang

Tinjauan di Stesen Telemetri JPS juga mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Kedah, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu pada tahap bahaya.

Seramai 473 mangsa banjir masih berada di dua pusat pemindahan sementara di Dungun setakat 8 malam tadi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang yang berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun setakat 8 malam tadi, menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Kedah, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya.

Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Pahang di Bera dan Sungai Rompin di Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).

NADMA turut memaklumkan 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang dan Jalan Sungai Sok – Chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.