Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot

Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot

Anggota Pasukan Penyelamat Di Air itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menyelenggara bot penyelamat kira-kira 10 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Pulau Pinang Khairy Sulaiman berkata ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. (Gambar fail)
BUTTERWORTH:
Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas ketika melakukan kerja menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba di Mak Mandin, malam tadi.

Mohd Izwan Ilias, 42, yang juga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Butterworth dikatakan terjatuh ke dalam sungai di kawasan itu ketika menyelenggara bot penyelamat kira-kira 10 malam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri Khairy Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.20 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa membuat penyelenggaraan bot bagi memastikan bot berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sekiranya diperlukan bagi sebarang operasi.

“Bagaimanapun, ketika penyelia datang membuat pemeriksaan mendapati mangsa tiada di bot dan bot itu juga didapati telah hanyut sebelum terdengar jeritan mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika ini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.