Pukul lelaki sampai mati: Reman 5 individu disambung

Pukul lelaki sampai mati: Reman 5 individu disambung

Polis berkata semua individu berusia 22 hingga 52 tahun disambung reman hingga Khamis.

Rabu lalu media melaporkan lelaki berusia 42 tahun diikat tangannya sebelum ditarik keluar dari kereta oleh orang awam selepas kemalangan dan dipukul sehingga maut.
KUALA LUMPUR:
Tempoh reman terhadap lima lelaki disyaki memukul seorang lelaki sehingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2, Selasa lalu disambung empat hari lagi.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, dalam kenyataan berkata semua yang berusia 22 hingga 52 tahun disambung reman hingga Khamis ini.

Jumaat lalu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan dilaporkan berkata selain lima lelaki berkenaan, pihaknya turut menahan dua lagi lelaki berusia 23 dan 40 tahun di Kajang dipercayai terbabit kejadian itu dengan kedua-duanya direman lima hari hingga Selasa ini.

Beliau berkata, dua pemandu yang terbabit dalam kemalangan melibatkan lelaki berkenaan juga membuat laporan polis.

Pada Rabu, media melaporkan lelaki berusia 42 tahun diikat tangannya sebelum ditarik keluar dari kereta oleh orang awam selepas kemalangan dan dipukul sehingga maut.

Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga terbabit kemalangan dengan penghantar makanan dan beberapa kenderaan lain.

Sejurus kemalangan itu, mangsa dikatakan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.